Caño Cristales ialah sungai di Colombia yang terletak di Serrania de la
Macarena, di daerah Meta. Sungai ini digelar dengan nama "The River of
Five Colors," "The Liquid Rainbow" dan juga "The Most Beautiful River in
the World" kerana alga yang tumbuh di dasar sungai itu mengeluarkan
warna merah, kuning, hijau dan biru menyebabkan ia kelihatan unik
sekali.