Tuesday, February 28, 2012

10 KERETA PALING MAHAL DI DUNIA (2011-2012)

1. BUGATTI VEYRON SUPER SPORTS $2,400,000
 Ini adalah kereta paling mahal di pasaran hari ini. Pemecutan paling laju mencapai 0-6 dalam 2.5 saat. Ia juga diiktiraf kereta paling laju apabila diuji pada 10 Julai 2010 dalam Super Sport Version dan mencapai kelajuan maksima iaitu 267 mph. Jika anda mahu bersaing dengan Bugatti Vegron lebih baik anda bersedia!!!


2. PAGANI ZONDA CLINQUE ROADSTER  $1,850,000
Merupakan salah satu kereta eksotik paling mahal di luar sana. Ia boleh mencapai dari 0-60 dalam 3.4 saat dengan kelajuan maksima 217 mph


2 KERETA YANG BERKONGSI CARTA
3. LAMBORGHINI REVENTON $1,600,000
Lamborghini paling kuat dan paling mahal yang dikeluarkan. Ia mengambil 3.3 saat untuk mencapai kelajuan maksimum 260 mph. Ia merupakan keluaran yang sangat jarang ( terhad 20 unit) dan memiliki rekaan yang sangat licin menjadikan ia sangat mahal untuk dimiliki.


3. KOENIGSEGG AGERA R $1,600,000
The Agera R boleh mencapai 0-6 dalam 2.8 saat dengan kelajuan maksimum 260 mph. Ia mempunyai bahagian untuk mencapai 270 mph, tetapi supercar ini mempunyai had eloktronik pada 235 mph. Dengan lengkapnya beberapa kertas kerja, syarikat ini akan membuka had laju ini dalam satu acara.


4. MCLAREN F1 $970,000
Pada tahun 1994, McLaren F1 ini adalah kereta paling laju dan termahal. Walaupun ia dibina 15 tahun yang lalu, ia mempunyai kelajuan maksima yang luar biasa iaitu 240 mph dan mencapai 60 mph dalam 3.2 saat. Namun hari ini, McLaren F1 masih di dalam carta tertinggi dan menandingi kereta hebat yang lain.


5. FERRARI ENZO  $670,000
Supercare terkenal yang pernah dibina. Enzo mempunyai kelajuan maksima 217 mph dan mencapai 60 mph dalam 3.4 saat. Hanya 400 unit yang dipasarkan dan terkini ia telah dijual dengan harga melebihi $1,000,000 dalam satu lelongan.


6. PAGANI ZONDA C12 F $667,321
Ia dikeluarkan oleh syarikat kecil di Italy, Pagani Zonda C12 F merupakan kereta keenam yang termahal di dunia. Ia menjanjikan pergerakan kelajuan maksima pada 215 mph + dan boleh mencapai 0-6 dalam 3.5 saat.


7. SSC ULTIMATE AERO  $654,400
Anda jangan buta dengan harga kereta yang mahal, kereta ketujuh yang termahal ini merupakan kereta ketiga yang terlaju di dunia dengan kelajuan maksima 257 mph+ dan mencapai 0-6 dalam 2.7 saat. Kereta ini adalah separuh harga Bugatti Veyron, malah mempunyai kuasa yang cukup untuk bertanding dengan  kereta termahal. Hanya 25 unit kereta ini akan dikeluarkan.


8. ASCARI A10 $650,000
Kereta mewah ini boleh mencapai ujian kelajuan maksima 215 mph, dengan 0-60 dalam 2.8 saat. 


9. SALEEN S7 TWIN TURBO  $555,000
Keluaran pertama Amerika yang diiktiraf supercare, ia terletak di tangga keempat terpantas di dunia. Ia mempunyai kelajuan maksima 248mph+ dan boleh mencapai 0-60 dalam 3.2 saat.


10. KOENIGSEGG CCX  $545,568
Buatan Swedish, kereta ini bersaing dengan sengit untuk menjadi kereta terpantas. Sekarang ia merupakan kereta terlima terpantas di dunia dengan kelajuan maksimum 245 mph+. Pengeluar kereta Koenigsegg baru sahaja mengeluarkan Koenigsegg Agera R untuk bersaing dengan Bugatti Veyron. Syarikat ini merupakan pesaing kuat dan akan terus mengeluarkan kereta terpantas di dunia. Gud luck for that!



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment