Daging ayam sudah diletakkan
sebagai salah satu makanan ruji
dalam piramid makanan kesihatan
kepada manusia.
Setiap hari, kita pasti akan
menggunakan ayam sebagai menu
utama dalam masakan kita tidak kira
apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.
Pun begitu, sukar untuk penulis
bayangkan apabila seorang wanita
pelik sanggup makan ayam hidup-
hidup sebagai makanan hariannya
tanpa disembelih dan dicabut bulunya
terlebih dahulu!
Miskaulah, 38, berasal dari Dusun
Janganasem, Sidoarjo, Indonesia
menghidap penyakit misteri dan aneh
iaitu ketagih untuk makan ayam
hidup-hidup tanpa disembelih.
Malah, Miskaulah juga didakwa
mampu memakan ayam hidup
sebanyak lima ekor setiap hari!
Dia dikatakan perlu untuk memakan
ayam hidup sebagai memenuhi nafsu
gila dan peliknya itu.
Ini sememangnya benar-benar pelik
memandangkan kita sebagai orang
Islam, perlu menyembelih ayam
terlebih dahulu dan membersihkan
segala kekotoran yang ada sebelum
dimasak.
Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’
seperti ini.
Kredit Harian Metro