Friday, March 30, 2012

Tandatangan Paling Mahal di Dunia

Tandatangan sangat penting dalam kehidupan seharian kita terutamanya untuk urusan bank, jual beli, insurans, pekerjaan, dan lain-lain. Setiap orang memiliki tandatangan tertentu yang kadang kala ada membawa maksud tertentu atau pun tandatangan yang tidak mempunyai sebarang maksud.
Tapi tahukah anda, tandatangan juga memiliki nilai tertentu yang boleh dinilai dengan wang ringgit? mari kita tengok antara 5 tandatangan yang paling mahal di dunia..

1. Tandatangan William Shakespeare

Tandatangan William Shakespeare yang asli dikatakan hanya ada 6 di muka bumi ini dan dikatakan tandatangan yang termahal di dunia iaitu dianggarkan $5juta iaitu RM 15 Juta bagi duit Malaysia setiap satu.

2. Tandatangan Bekas Presiden AS Abraham Lincoln


Tandatangan bekas presiden AS ini yang di ambil di atas satu surat dikatakan pernah dilelong sehingga mencecah $ 748,000 iaitu sebanyak RM 2, 244, 000 pada tahun 1991.. wow kat atas surat pun boleh dilelong..memang hebatt

3. Tandatangan John Lennon



Tandatangan ahli kumpulan The Beatles ini iaitu John Lennon dikatakan tandatangan yang terakhir beliau di atas salinan albumnya yang terakhir pada tahun 2003 sebelum mati dibunuh. Nilai tandatangan ini dikatakan mencecah $ 525,000 iaitu sebanyak RM 1, 575000.

4. Tandatangan Jimmy Page


Tandatangan lagenda gitaris Jimmy Page pernah mencecah $49,000 iaitu sebanyak RM 275, 000 di suatu jualan lelong. Tandatangan ini ditandatangani di sebuah gitar.

5. Tandatangan Jimmy Hendrix


Tandatangan pemain gitar paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock ini telah mengejutkan dunia apabila meninggal pada usia 27 tahun. Walaubagaimanapun, tandatangannya di atas sebuah kertas memiliki harga £ 41,000 iaitu sebanyak RM 230,000.

p/s: Tandatangan pun mahal2 eh..agak2 tandatangan aku harga brpa yer? hihihi

Sunday, March 18, 2012

RUMAH ATAS POKOK PALING TERBESAR

Horace Burgess, seorang warga

Tennessee, Amerika Syarikat

telah membina r umah atas

pokok terbesar di dunia

setinggi 97 kaki atau 29,57m.

Rumah pokok yang terletak di

Crossville, Tennessee, AS, ini

terdiri dari 10 tingkat dengan

lebih dari 80 bilik dan 12

beranda serta tangga.

Setiap lantai adalah setinggi 9-11

kaki (2,7- 3,35m) dan di bahagian

atasnya terdapat sebuah menara

loceng.

Horrace sendiri yang menjadi

tukang kayu dan arkitek,

menyiapkan rumah tersebut

dalam masa 14 tahun. Rumah

pokok Horace Burgess ini akan

dimasukkan ke dalam Guinness

Book of Records.

Jika berkunjung ke rumah ini,

anda akan menjumpai tulisan

berbunyi: "Selamat datang

kawan-kawan", sebagai tanda

sambutan. Meskipun terletak di

daerah desa, rumah ini mampu

menarik perhatian orang ramai

dari seluruh negeri.

Sekitar 400 orang hingga 500

orang melakukan kunjungan

setiap minggu, dan kebanyakan

mereka berasal dari luar negeri .


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 10, 2012

WANITA MAKAN AYAM HIDUP 5 EKOR SEHARI

Daging ayam sudah diletakkan

sebagai salah satu makanan ruji

dalam piramid makanan kesihatan

kepada manusia.

Setiap hari, kita pasti akan

menggunakan ayam sebagai menu

utama dalam masakan kita tidak kira

apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.

Pun begitu, sukar untuk penulis

bayangkan apabila seorang wanita

pelik sanggup makan ayam hidup-

hidup sebagai makanan hariannya

tanpa disembelih dan dicabut bulunya

terlebih dahulu!


Miskaulah, 38, berasal dari Dusun

Janganasem, Sidoarjo, Indonesia

menghidap penyakit misteri dan aneh

iaitu ketagih untuk makan ayam

hidup-hidup tanpa disembelih.

Malah, Miskaulah juga didakwa

mampu memakan ayam hidup

sebanyak lima ekor setiap hari!

Dia dikatakan perlu untuk memakan

ayam hidup sebagai memenuhi nafsu

gila dan peliknya itu.

Ini sememangnya benar-benar pelik

memandangkan kita sebagai orang

Islam, perlu menyembelih ayam

terlebih dahulu dan membersihkan

segala kekotoran yang ada sebelum

dimasak.

Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’

seperti ini.

Kredit Harian Metro


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 6, 2012

KUCING JUTAWAN WARISI HARTA RM39 JUTA

Seekor kucing terbiar yang

diselamatkan di jalan raya di bandar

raya ini, mewarisi harta berjumlah AS

$13 juta (RM39 juta) daripada

tuannya, balu seorang jutawan

hartanah.

Maria Assunta meninggalkan hartanya

kepada kucing kesayangannya itu,

Tommaso, selepas meninggal dunia

dua minggu lalu ketika berusia 94

tahun.

Kekayaan yang diwarisi kucing itu,

termasuk wang tunai dan juga

hartanah di Rome dan Milan serta

tanah di Calabria.

Ketika mula sakit dua tahun lalu,

Assunta yang tidak mempunyai anak,

mula memastikan Tommaso dijaga

dengan baik selepas kematiannya


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 5, 2012

KOPI PALING MAHAL DI DUNIA <KOPI LUWAK ATAU KOPI TAHI MUSANG

Kopi Luwak adalah kopi paling mahal di dunia yang diperolehi daripada biji kopi yang telah dimakan dan dicerna oleh musang yang digelar Luwak

Kononnya, rasa kopi ini memang berbeza dan istemewa diperkatakan oleh para penggemarnya.

Harga kopi ini mencecah $100-$600 per tonnes.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 1, 2012

Aiskrim paling mahal di dunia-" The Golden Opulence Sundae"

"The Golden Opulence Sundae" merupakan ais krim paling mahal di dunia. Harga ais krim ini adalah $1000.
Aiskrim ini dihidangkan di Serendipity 3 di New York. Serendipity 3 memperkenalkan sajian ini pada tahun 2004 sempena menyambut ulang tahun ke-50 restoran tersebut.

Telur Ayam Kampung Jantan

Kata org tua2 kata ni telur ayam jantan. Saya baru ja jumpa telur ni petang tadi. Niat saya nak halau ayam yang duk bertelur dalam raga motor kat belakang rumah saya. X sangka pulak terjumpa telur ayam kecil ni di antara telur-telur ayam yang lain dalam raga motor tu.