Tuesday, July 17, 2012

Char Kuey Teow 5 minit~~

Dah lama x pos kat blog ni, ari ni saya nak kongsikan cara nk buat char kuey tiau dlm masa 5 minit~~



Bahan:
  1. Segenggam ketiau (nk makan byk boleh letak lebih)
  2. 6 sudu besar atau lebih ikut cita rasa, Kicap char kuey teow jenama Otakku (byk ada jual kt RnR)
  3. 1 sudu Cili Giling Puteri (nak pedas, kalau x nak pedas x pyh letak)
  4. 1 ulas Bawang putih dicincang
  5. Daun kucai (dlm gambar ni saya msk pakai daun sup sbb x dak daun kucai)
  6. Udang
  7. Setengah sudu sos cili Cap Jagung (cap lain bleh jgk)
  8. Telur ayam
  9. Secawan air

Cara memasak:
  • Tumiskan bawang putih
  • Masukkan udang, goreng sampai naik bau
  • Kemudian masukkan kicap char ketiau dan sos cili
  • Tuangkan air ke dlm kuali
  • Masukkan kuey teow, kemudian masukkan daun kucai (kacau2 kan)
  • Lepas tu masukkan telur, kacau2 dan terus tutup api jgn smpai telur tu membeku nnti x berapa sedap.

p/s: masak dengan api yg agak kuat,

Selamat mencuba resepi ini~~~



Monday, June 25, 2012

Pernah x anda makan rojak tonggek?

1 cucuk 50 sen saja. ada buah pelam, tauhu, telur puyuh, nenas, sengkuang dan mcm2 lg. nk mkn senang je amik secucuk cicah kt dlm bekas yang telah tersedia. Nak tau sebab pa dipanggil rojak tonggek sbb bila nk mkn anda pasti akan tonggek takut kuat rojak terkena kat baju bila nk mkn. Tapi jgn duk tonggek lebih2 sgt yer. Renung2 kan~~

Gerai2 ni terletak kat Pantai Road, Gerogetown.



Ni pic trademark baru tuk Hana Collections

sekadar nak share picture baru tuk Hana Collections. Cantik tak? Jangan lupa tuk jenguk2 ke Page Hana Collections kt link ni yer .


Tuesday, June 12, 2012

Best Picture Ever 7 of Us~~~

Ni antara gambar-gambar yang kami posing sama2... Mcm2 gaya kan... yang penting kami hepi sama.. sedih pun sama... Thanks to Etie, Iedah, Shiema, Wani, Fendy dan Rosdi sebab jadi sahabat terbaik saya.












 



Tuesday, June 5, 2012

Makanan yang saya dah rasa sepanjang di Penang

1. Hameed Pata Special Mee Goreng Sotong

Mee sotong dia memang terbaik. Mai pekena ni mesti nk lg..
Harga: RM4.00-RM6.00
Lokasi: Taman Kota Lama (Fort Cornwallis).

2.Coconut Shake


Dah pekena mee sotong mesti kena minum ayaq kan. Kedai ni sebelah kedai mee sotong yang kat atas td tu ja. Memang terbaik!
Harga: RM2.50
Lokasi: Taman Kota Lama (Fort Cornwallis)

3. Sup Hameed, Penang Road



Makan sup ayam ngan roti waktu malam memang sedap lah.

p/s: Tunggu yer... makanan2 lain yg akan diperkenalkan lg....

Friday, June 1, 2012

28-Lb Sandwich Is World's Meatiest (Most Kinds Of Meat)


meatiest-sandwich-1.jpg
This is a 28-pound sandwich with 35 different styles of meat created by British chef Tristan Welch to celebrate Man v. Food show debuting on the Food Network UK. Hold onto your arteries, here comes the breakdown:
120g Ndjua 260g roast beef
120g boiled ham
160g Proscuitto
150g honey-roast ham
90g cooked turkey
155g cooked chicken
155g garlic chicken
180g smoked duck breast
120g cooked pork
120g roast ham
280g corned beef
150g German salami
150g Italian sausage
240g cured ham
80g French peppercorn salami
70g Saucisson Sec de Provence
70g herbed Saucisson Sec de Provence
360g chorizo
70g serrano ham
80g pastrami
140g pancetta
150g bacon
70g garlic salami
70g Italian salami
80g dry-cured Proscuitto
380g Bratwurst sausage
150g breaded ham
100g Mortadella
100g Speck
150 Parma ham
65g Jambon Iberico de Bellota
140g Finocchiona
70g wild boar pork salami
100g smoked venison
250g beetroot, sliced
110g assorted salad leaves
1 large red onion, sliced into rings
680g gherkins, sliced
1 large loaf of bread

meatiest-sandwich-2.jpg
meatiest-sandwich-3.jpg
meatiest-sandwich-4.jpg

Monday, May 21, 2012

KELEBIHAN BULAN REJAB~~RENUNG-RENUNGKAN


BULAN REJAB MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Pengenalan

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -
(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

 Bulan Rejab Menurut Al-Quran

Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,…”
(Al-Baqarah: 194)

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram ¹ …”
(At-Taubah: 36)

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)

(2) Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.


Bulan Rejab Menurut As-Sunnah

Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan. Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.

Tuesday, May 15, 2012

My Convocation Day~~~

I officially graduated on 15/05/2012.
Even saya x banyak masa nk bersama-sama saya, Saya amat gembira. Tahniah kepada member2 saya yang dah graduate especially to my best friends Etie, Shima, Iedah, Wani, Fendy dan Rosdi semua student Bachelor in Accountancy (Hons) (BACC) Uitm Kampus Arau. Tahniah kepada semua Graduan Uitm Konvokeyen ke 76.

                                Me, Iedah and Shiema                        

                                            Mak dan Abah
                                            Me, Shiema & Wani
                                            Flower from Him~~

Wednesday, May 9, 2012

Perkara yang aku buat bila terlampau boring~~ ini hasilnya

Aku x lah pandai sgt nk sketching2... boleh lah cikit2.. disebabkan malam itu aku boring terlampau.. ni jadinya..

Monday, May 7, 2012

Najwa Latif - Kosong | Official Music Video

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Sunday, April 29, 2012

U Like I Like

Salam Sejahtera.

ULike.com.my dilengkapi dengan program affiliate menawarkan peluang perniagaan kepada anda. Hanya menyertai program percuma ULike.com.my, anda berpeluang mendapat hadiah hebat daripada cabutan bertuah yang dibuat oleh syarikat.

Lagi besar anda membina rangkaian, lagi besar kemungkinan untuk anda menerima hadiah hebat daripada syarikat. Kerana apabila downline anda menerima hadiah, penaja juga turut menerima.

Untuk maklumat lanjut;
http://www.ULike.com.my/lihana
http://www.ULike.com.my/lihana
http://www.ULike.com.my/lihana

Program bisnes online ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.

Anda juga di jemput menyertai kami dalam program hebat ULike.com.my, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.


Friday, April 20, 2012

10 GUA TERCANTIK DI DUNIA

1. Gua Onondaga

Gua Onondaga terletak di Leasburg , Messouri...gua ni merupakan state park yang ditubuhkan pada tahun 1982..menariknya taman ni menawarkan pelbagai aktiviti termasuk pelancongan gua , perkhemahan , memancing , hiking , perkelahan dan berenang
 
2. Gua Fingal

Gua Fingal merupakan gua laut yang terletak di kepulauan Staffa , Scotland...gua ni terbentuk seluruhnya dari medan hexagon basal yang bercantum...ini merupakan sebahagian dari aliran lava seperti di Giant Causeway di Ireland Utara...gua ni menghasilkan gema gelombang bunyi yang menakutkan sehingga diberi jolokan "uamh-binn (gua melodi) 
 
 3. Gua Underwater

Gua Underwater ni terletak di Fiji...menariknya gua ni mengandungi pelbagai ciri2 fizikal unik seperti stalaktit dan stalagmit dan mengandungi pelbagai flora dan fauna yang tidak pernah ditemui di tempat lain..walaupun berisiko kalau nak menyelam dan menyusur masuk dalam gua ni , penyelam skuba dan speleogist tetap berminat untuk mengkaji gua yang unik ni..cantik kan ? 
 
 4. Gua Kristal

Gua Kristal ni adalah antara yang paling terkenal dari gua Bermuda bawah tanah...gua ni terletak di Hamilton Parish , berhampiran dengan Castle Harbor...spesifiknya , gua ni terletak di Ave Wilkinson..gua ni terhasil daripada batu kapur dan mempunyai banyak saliran air bawah tanah sehingga membentuk kolam jernih yang sangat dalam..
 
5.  Gua Lechuguilla

Gua Lechuguilla merupakan gua kelima terpanjang (1261 batu , 203km) dalam dunia dan terdalam di Amerika Syarikat (1604 kaki , 489m)...gua ni terletak di Taman Nasional Carlsbad Caverns , Mexico..akses untuk masuk hanya dibenarkan bagi pengkaji saintifik yang diluluskan , penyelidik dan pasukan eksplorasi serta pengurus perkhidmatan Taman Nasional sahaja...
 
6. Gua Ice

Gua Ice ni mengandungi sejumlah besar ais sepanjang tahun yang meliputi permukaan dinding gua...minimumnya sebahagian dari gua mesti mempunyai suhu di bawah 0° C (32 ° F) sepanjang tahun dan air mesti melalui zon sejuk gua...
 
7. Gua The Reed Flute

Gua The Reed Flute adalah mercu tanda dan tarikan pengunjung di Guilin , Guangxi , China selama lebih dari 1200 tahun...gua ni merupakan gua batu kapur semulajadi dengan pencahayaan warna warni...nama gua ni diberi sempena nama buluh yang boleh dibuat menjadi seruling merdu...gua ni mengandungi sejumlah besar stalaktit , stalagmit dan bentuk batuan yang unik...istimewanya , dalam gua ni terkandung 70 inskripsi yang ditulis dengan dakwat di zaman Dinasti Tang...
 
8. Gua Skocjan Regional Park

Gua Skocjan Regional Park terletak di Karst Skocjan...pemandangan datar luas yang berada pada ketinggian antara 420-450m di bahagian tenggara daerah Karst...selepas mencapai kemerdekaan , Slovenia telah menjadikannya salah satu tempat kuasa pengelola iaitu badan layanan umum...
 
9.  Gua Eisrisenwelt

Gua Eisrisenwelt merupakan gua ais batu kapur semulajadi yang terletak di Werfen , Austria , sekitar 40km selatan Salzburg..gua ni terbentuk di dalam gunung Hochkogel di bahagian pergunungan Alp..ianya merupakan gua ais paling besar dalam dunia kerana jarak yang lebih 42km dan dikunjungi oleh sekitar 200 000 pelancong setiap tahun
 
10. Gua Giant Crystal

Gua Giant Crystal adalah sebuah gua yang terletak di Mexico..ruangan utama gua ni mengandungi kristal selenite yang sangat besar pernah ditemui...gua ni kalau mengikut skala ialah berukuran 27m (89 ft) ketinggiannya dan 9 meter (30 kaki) lebarnya...gua ni sangat panas dengan suhu udara mencapai dan 58° C (136 ° F) kelembapan 90-99 %...gua ni masih belum diselidik kerana suhunya yang sangat ekstrem dan tahap kelembapan yang sangat tinggi...so orang2 yang masuk dalam gua ni hanya mampu bertahan kurang dari 10 minit sahaja jika tidak mempunyai sebarang alat perlindungan

Wednesday, April 18, 2012

Eisriesenwelt -Gua Ais Batu Kapur Terbesar

Eisriesenwelt "Dunia Ais Gergasi" adalah gua ais batu kapur semulajadi yang terletak di Werfen, Austria, kira-kira 40 km ke selatan Salzburg. Ia adalah gua ais terbesar di dunia yang mempunyai panjang lebih daripada 42km.

Eisriesenwelt Gua telah wujud disebabkan oleh sungai Salzach kerana ia mengalir melalui gunung dan menghakis laluan hampir 100 juta tahun yang lalu. Sepanjang beribu-ribu tahun retak dan rekahan-rekahan di dalam batu kapur menjadi lebih membesar seperti air menghakis batu. Pada musim sejuk, udara di dalam gunung itu adalah lebih panas daripada di luar, aliran udara sejuk ke dalam gunung dan mengurangkan suhu kawasan yang lebih rendah ke titik gua di bawah paras beku. Pada musim bunga air dari salji yang cair menyerap masuk melalui keretakan di dalam batu dan apabila ia sampai ke kawasan yang lebih sejuk lebih rendah gua,ianya membeku dan bertukar perlahan-lahan ke dalam pembentukan ais di dalam gua ini.

Walaupun gua mempunyai panjang 42 km, hanya 1 kilometer kawasan yang pelancong dibenarkan untuk melawat, diseliputi ais. Selebihnya gua terbentuk daripada batu kapur.Gua ini dibuka sepanjang tahun, musim sejuk cili angin tiup ke dalam gua dan membekukan bahagian dalam salji. Pada musim panas, angin sejuk dan dari dalam bertiup ke arah pintu masuk gua menghalang pembentukan dari lebur.